Sunday, 26 April 2015

PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 (5TH MALAYSIA INTERNATIONAL AGOONOREE 2015)

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Swasta) telah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk mengelolakan perkhemahan tersebut yang berlagsung pada : 
                    
                        Tarikh   : 20-24 April 2015 
                        Tempat : Kem PLKN Sekakap Mersing, Johor. 

Agoonoree Antarabangsa kali ke-5 tahun 2015 diadakan bertujuan untuk mewujudkan rangkaian hubungan; persahabatan dan persaudaraan dalam pengakap di semua peringkat glokal dan global. Satu medan aspirasi untuk membina bakat anak-anak muda yang mempunyai keperluan khas melalui berpengakap. Melalui agoonoree ini juga diharapkan pendedahan aktiviti-aktiviti lasak yang memerlukan disiplin tinggi menjadi sebahagian aspirasi bagi melahirkan modal insan kelas pertama. 

Objektif: 
1. Mewujudkan dan menghargai perpaduan. Rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara satu sama lain. 
2. Menerapkan nilai menghormati diri sendiri, orang lain dengan menekankan hak sama rata dan keamanan. 
3. Menggalakkan pengakap berkeperluan khas ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan persekitaran 
4. Mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat di antara sesama pemimpin pengakap sama ada dalam negara, negeri, daerah mahupun kumpulan pengakap tempatan. 

5th Agoonoree International Johor 2015 melabuhkan tirai pd 24 April 2015 

Secara langsungnya Pengakap Pendidikan Khas Daerah Pontian juga tidak terkecuali menyertai perkhemahan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemimpin dan peserta yang terlibat dengan program tersebut. Semoga segala usaha untuk membentuk dan mendidik anak-anak khas ini diberkati dan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment