Sunday, 26 April 2015

'LAI CHI KANG'

Lai chi kang semangkuk dua kupang
Lai chi kang semangkuk dua kupang
Lai chi kang semangkuk dua kupang
Makan sikit tak kenyang 
Semangkung dua kupang


PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 (5TH MALAYSIA INTERNATIONAL AGOONOREE 2015)

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Swasta) telah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk mengelolakan perkhemahan tersebut yang berlagsung pada : 
                    
                        Tarikh   : 20-24 April 2015 
                        Tempat : Kem PLKN Sekakap Mersing, Johor. 

Agoonoree Antarabangsa kali ke-5 tahun 2015 diadakan bertujuan untuk mewujudkan rangkaian hubungan; persahabatan dan persaudaraan dalam pengakap di semua peringkat glokal dan global. Satu medan aspirasi untuk membina bakat anak-anak muda yang mempunyai keperluan khas melalui berpengakap. Melalui agoonoree ini juga diharapkan pendedahan aktiviti-aktiviti lasak yang memerlukan disiplin tinggi menjadi sebahagian aspirasi bagi melahirkan modal insan kelas pertama. 

Objektif: 
1. Mewujudkan dan menghargai perpaduan. Rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara satu sama lain. 
2. Menerapkan nilai menghormati diri sendiri, orang lain dengan menekankan hak sama rata dan keamanan. 
3. Menggalakkan pengakap berkeperluan khas ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan persekitaran 
4. Mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat di antara sesama pemimpin pengakap sama ada dalam negara, negeri, daerah mahupun kumpulan pengakap tempatan. 

5th Agoonoree International Johor 2015 melabuhkan tirai pd 24 April 2015 

Secara langsungnya Pengakap Pendidikan Khas Daerah Pontian juga tidak terkecuali menyertai perkhemahan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemimpin dan peserta yang terlibat dengan program tersebut. Semoga segala usaha untuk membentuk dan mendidik anak-anak khas ini diberkati dan berjalan dengan lancar.

Saturday, 18 April 2015

'LETTERHEAD' RASMI PENGAKAP NEGERI JOHOR

Salam Pengakap

Maklumat dari PPM Negeri Johor.

'Perhatian kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Kumpulan-kumpulan dan Pemimpin. Berikut adalah link/pautan untuk pihak puan memuat turun letterhead rasmi Pengakap Johor.'


Klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/0B-MxLMlrbxg1YU5mMFluSGhVdmM/view?usp=sharing

Saturday, 11 April 2015

PROGRAM JURAGAN 2015

Assalamualaikum dan salam pengakap

Tanggal 9 April 2015 telah berlangsungnya Program Latihan Juragan untuk ahli Pengakap Laut sekolah-sekolah daerah Pontian di Jabatan Laut Wilayah Selatan, Gelang Patah, Johor. Pelbagai latihan diterapkan kepada ahli Pengakap laut di samping untuk mendapatkan lencana Juragan. Semoga akiviti sebegini dapat memberi manfaat kepada semua ahli pengakap sekalian.